UiTMP

UiTM Pahang. Selama sebulan aku berada kat Jengka. Macam2 aku rasa.  Dugaan masa belajar. Ya Allah, kuatkan iman kami. 'People come and go' jadi kenyataan. Kena fokus tujuan hanya untuk belajar dan menuntut ilmu. Macam2 perangai. Macam2 ragam manusia yang aku BARU kenal. Ye, betul cakap mama, cakap ayah, cakap sahabat2.. Aku masih mentah, basih belum kenal dunia. Masih banyak yang aku belum lihat. SubahanAllah.. Kena kuat. Syukur masih ada yang tak jemu bagi aku support. Sudi menjadi tempat luahan aku. Tak lekok berkongsi ilmu dan pengalaman. 

Banyak jugak pengalaman yang best. Lecturer baik2 belaka, bertanggungjawab, sekepala. Roommate yang mengambil berat. Smartgroup yang tebaik. Tempat tenangkan jiwa. Semoga ukhwah kita berkekalan dan makin erat. In sha Allah. Macam2 ilmu yang dapat aku belajar. Alhamdulillah, dapat manfaatkan waktu lapang walaupun assignment bertimbun. Kahkahkah. Pengalaman berpuasa tanpa family disisi. Hahaha, pengalaman tengok orang shopping tapi nak save duit. Macam2 ilmu. Baik yang elok dan baik yang buruk. "Buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi" Yeap, amat tersangat perlu dipraktikan. Hahaha.

Semoga ada hikmah aku ditempatkan kat Jengka. Semoga apa yang mama ayah harapkan aku dapat tunaikan. Semoga aku menjadi insan yang lebih baik. Sama-sama doakan. Terima kasih Allah, terima kasih mama ayah, terima kasih yang tak jemu bagi support, terima kasih semua :')

You Might Also Like

0 comments