How To Take Care Shoe

Hi assalamualikum,

Seperti yang dijanjikan.. Update blog on how take a good care of your shoee..

Sis bnyk buat 'research' dekat utube dan jugak google serta tips tips dari peminat peminat sneakers dan sis sendiri.

1st thing 1st, tips yg sis nak kosikan yg sis rasa berkesan dan sis sendiri yg dah try. Sesuai untuk sneakers. Yang heels dan flat tu boleh try. Tapi sis tak pernah try lagi. Sebab sis sneakers lover.

Banyak tips sis nak kongsikan di sini. Semoga bermanfaat. :)

1. DON't WASH YOUR SHOE TOO FREQUENT

  • Pembasuhan yang terlalu kerap boleh buat kasut korang pudar/lusuh dan bahan yang ada dalam sabun tak berapa elok. So, untuk pastikan kasut korang sentiasa nmpk baru jangan terlalu kerap sgt basuh. Basuh ketika kotor SAHAJA. Dan kalau selalu sgt kotor, basut guna air kosong je. Bagi kasut yg kalis air boleh gunakan wet wipes sahaja.

2. JANGAN BIARKAN KASUT DI TEMPAT PANAS TERLALU LAMA

  • Reason masih sama seperti di atas. Boleh buatkan kasut korang lusuh + rosak. Kalau korang perasan, kasut yg korang tinggalkan dalam kereta terlalu lama lebih cepat rosak dari kasut yg ada dalam almari kat rumah. 

3. GUNAKAN COLGATE

  • Perasan tak kalau kasut putih yg lama atau tapak kasut lama akan bertukar warna dari putih ke kuning? Haa, kalau nak putihkan balik boleh guna colgate. Sis tak pasti kalau ubat gigi jenama lain pun boleh guna atau tak. Tapi sebab sis tengok ramai gunakan colgate, dan kat rumah sis pun ada colgate je. Hahaha. So boleh lah buat experiment sendiri okay.  
  • Cara-caranya: korang boleh letak colgate dekat kasut yg kering. Then ambil berus gigi sapu rata kat bahagian yg kuning tu. Next, biarkan sekejap. Basahkan berus gigi mula gosok dekat bahagian yg korang nak.

4. GANTUNG KASUT SEMASA MENJEMUR

  • Ni experiment sis sendiri. Ramai yg kalau jemur kasut, akan letak menegak kan kat lantai tu? boleh jugak. Cuma gantung kasut ni lebih efektif bagi sis. Matahari akan kena secara menyeluruh bila korang gantung kasut. Tak ada lah korang kena jemur lama2 kat matahari smpai lusuh warna kasut korang tu. And tak ada lah kes kasut tak cukup kering smpai bertahi lalat atau dark spot kat area dalam kasut tu.

5. PASTIKAN BEBAS DARI SABUN

  • Macam sis cakap yg nombor 1 tadi. Chemical dalam sabun ni boleh melunturkan warna kasut korang. Dan certainly, ada yg jemur kasut tiba tiba ada macam kesan karat kat kasut. Perasan tak? Kalau pernah ada kesan karat maknanya korang tak bilas kasut korang betul2. Masih ada kesan sabun.
  • Pls, pastikan korang bilas bersih bersih. Make sure mmg 100% tak ada sabun dah. Kalau tak sabun tu akan tinggalkan kesan kat kasut korang.

6. JANGAN MENGGUNAKAN BERUS TERLALU KASAR/KERAS

  • Sesetengah kasut, mostly lah.. Bnyk yg berasaskan kain. Kalau korang guna berus yang terlalu kasar/ keras boleh buat kasut korang berbulu, tercarik. Kasut kitta, kita sayang, kita nak pakai lama. Guna lah berus yg lebih lembut okay?

7. GUNAKAN SCOTTS ATAU BERUS GIGI

  • Yes. Scott brigth yg hijau cuci pinggan tu. Guna utk cuci tapak atau sneaker material yg kalis air (bukan kain) Boleh letak colgate sikit dan cuci guna scott atau berus gigi. Sbb berus gigi mempunyai bulu yang lembut dan gentle kepada kasut. Sayang kasut, then treat them nicely k?

8. BAKING SODA SEBAGAI PENYAHBAU KASUT

  • Tips ni selalu orang sukan / penggemar gym lah. Selalu kaki peluh peluh dalam kasut (even pakai stokin) potensi kasut utk berbau tu sangat lah tinggi. 
  • Cara: ambil cup untuk kuih tu atau apa apa bekas utk letak baking soda. Letak kan dalam kasut. Make sure jgn tumpah, nnt nmpk kesan pula kat kasut tu. Make sure BAKING SODA bukan BAKING POWDER. Dua benda yg berbeza k. 
  • Baking soda akan serap bau bau dalam kasut tu.

9. NEWSPAPER/ SURAT KHABAR SEBAGAI BAHAN PENGERING KASUT

  • Surat khabar lama tu bnyk kegunaannya gais. Jgn buang gitu je.. Antaranya surat khabar boleh keringkan dalam kasut. Kering kan kat sini bukan lah kasut yg dibasuh dan mmg basah 100%. Tips ni utk kaki yg kerap berpeluh. Balik bukak kasut letak kan surat khabar kat dalam. Boleh combine dgn baking soda to okay?

8. LETAK SESUATU DALAM KASUT 

  • Yang ni untuk jaga bentuk kasut. Nak guna lama kan kasut tu. Kadang kadang kasut kita tertindas atau mmg sengaja letak kasut tindh tindih sbb bnyk sgt kasut. Bila keluarkan dah jadi lepat pisang dah kasut kita. 
  • Letak lah sesuatu mcm surat khabar ke kat dalam kasut bagi menjaga bentuk kasut. Kalau perasan masa kita beli kasut mesti dia letak sesuatu kan kat dalam. Macam tu jugak lah kita jaga kasut kita kat rumah. Biar nmpk baru je, bentuk tak lari.
  • Kadang kadang kaki kita lebar tpi kita nak pastikan bentuk kasut tu kekal muncung, jadi boleh gunakan tips ni.

9. TISU UNTUK ELAK KAN KUNING

  • Kalau kasut mcm kasut sekolah tu, dah lah putih, kain pulak tu. Takan nak guna colgate kan. Haa so masa basuh kasut tu, letak tisu dekat kasut masa jemur. balutkan kasut kita dgn tisu (jgn tebal sgt) sbb nnt tak kering pula. 
10. TISU PERFUME
  • Kadang kasut tak berbau pun kita tak suka. Nak dia wangi. Jadi, spray perfume (jgn terlalu bnyk) nnt basah pula kasut korang bau hapak pulak nnt. Spray kat sehelai dua tisu, letak kat pelapik tapak dalam kasut tu. Boleh combing dgn surat khabar utk jaga bentuk & pengering. Jgn letak baking soda dah ye. Takut tak bau perfume nnt. 
  • Pls, jgn guna perfume yg mahal utk elak kan pembaziran

Sekian shaja tips dari sis, kalau tak jadi boleh pm sis utk sebarang pertanyaan. Selamat mencuba. Ada ilmu? Kita kongsi. Ada kekurangan? Kita perbaiki. 

Salam sayang,
Sis Lyana

You Might Also Like

0 comments