Volunteer SEA Games KL2017

Assalamualaikum,

I am the volunteer of the sea games kl2017.

1st experience jadi volunteer events besar macam ni. Volunteer dalam bidang olahraga. Main Event. Tarikh bertugas 17-26/8.

Bermula 18/8 kami telah pun berada di istana kehakiman putrajaya untuk siapkan segala yang perlu. Menggunakan kudrat yang masih ada kami gagahkan angkat berpuluh meja, beberapa kontena air, berkotak2 medal dan lain2. Ada yang bengkak tgn, ada yang lebam dan lain2. Cerita ni bukan untuk menagih simpati tapi ini adalah realiti kami sebagai SUKARELAWAN. 

Preparation untuk fun run SEA games. Tpi cacian, makian yang kami terima. Kami balas dengan senyuman. Bukan senang jadi sukarelawan. Pukul 3 pagi, 19/8 kami dah terpacak di depan Istana Kehakiman, uruskan keperluan para pelari. 

Apa yang orang lain lihat "volunteer, telan duit boleh lah" "setakat lepak je boleh lah" dan lain2. Tapi realiti keperitan dia hanya kami yang rasa. 

Mentality orang, mulut orang, kami tak boleh halang. Tugas kami, SUKARELA. Nak tak nak senyum, orang awam kami perlu jaga. Demi negara.  Kami, duta kecil negara. Nampak mudah, tanggungjawab kami tak semudah tu. Kami juga TIDAK mendapat gaji/ elaun bekerja. Hanya elaun makan yang mampu support sikit. Kami tak kisah. Sebab kami SUKARELA. DEMI MARUAH NEGARA.


21/8 bermula tugas di venue masing2. Saya diarahkan menjaga Athlete Lounge (KLIK SINI untuk video JOURNEY), menjaga makan minum (snack) athlete dan menghalang laluan. Arahan kami terima hanya dari pihak atasan. Kami hanya menjalankan tugas sebagai VOLUNTEER. 

Arahan yang kami terima kami tidak boleh benarkan orang selain athlete (termasuk coach& volunteer lain) utk masuk ke Athlete Lounge demi menjaga keselamatan Athlete. Tugasan kami, kami perlu patuh. 

Ada yang ckap "untung lah boleh makan" "kedekutnya" "volunteer sama volunteer pun tak boleh ke, acah je" Again, kami hanyalah SUKARELAWAN kami tiada sebarang kuasa. Kami hanya MENUNTUT ARAHAN. 

Ada juga yang viralkan "volunteer tak buat kerja" "volunteer selfie dgn athlete" padahal mulut2 ini tidak tahu ada volunteer yg dah habis tugasan, yg berada dalam tempoh rehat. Kami bekerja 12.30 tgahari-11 malam. Smpai rumah pukul 1, pergi keluar subuh2. Pandangan orang kita tak boleh halang. Sebagai solusi, volunteer yang berada di padang atau terlibat dalam feild event/ track and field TIDAK DIBENARKAN menggunakan telefon bimbit/ akan dirampas dan dipulangkan pada 11 malam walaupun sedang berehat/ habis tugasan. Demi memuaskan hati semua pihak.

Kawan2 kami di bahagian baju, ticket menjadi mangsa amarah oleh orang2 awam. Ticket habis, baju tak ada size. Mereka hanya menjalan kan tugas di kaunter, urusan stock bukan kerja volunteer. 

Banyak feedback negative yang diterima, caci maki, menjadi mangsa amarah, dan lain2. 

But this is my country I SERVE FOR MY COUNTRY.


Maafkan kami jika kelakuan kami punca ketidak puasan hati anda, kami volunteer, kami hanya menjalankan tugas.

Sekian luahan,
Volunteer KL2017

p/s: Check it out my journey during SEA Games 2017 on Youtube. Just Click Here.

0 comments