Resepi Onion Ring

Sis suka makan, so sis akan masak utk jimat duit. Lol. Hahhaha.

Now resepi onion ring. Senang je. Rasa mcm tepung kfc makan dgn bawang lembut. Whutt?? Hahaha. Tak kisah lah, janji sedap. Confirm Sedap k respi sis.






BAHAN-BAHAN
  • Bawang holland (kalau tak tau google k)
  • Serbuk roti
  • Minyak 
Bahan A:
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Baking powder
  • Serbuk cili
  • Garam
Bahan B:

  • Telur
  • Susu
CARA-CARA:
  1. Campurkan semua bahan A dalam satu mangkuk.
  2. Campurkan semua bahan B dalam satu mangkuk yang berbeza.
  3. Potong bawang secara bulat dan setebal 1/2 inch gitu.
  4. Perlahan2 asingkan bawang2 tersebut.
  5. Gaulkan bawang bersama bahan A. Letak tepi.
  6. Campurkan bahan B dan baki bahan A untuk menghasilkan mixture C.
  7. Celup bawang yang telah digaul dgn bahan A  kedalam mixture C.
  8. Kemudian gaulkan bawang yang telah dicelupkan dalam mixture C bersama serbuk roti
  9. Ulang langkah ke 7 & 8 dalam 2-3 kali.
  10. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
  11. Tapis lebihan minyak.
  12. Hidangkan bersama sos cili dan mayonise.
  13. Onion ring sedia dimakan. 


You Might Also Like

0 comments