Sarawak

Assalamualaikum and hi people.


So i just get back from SARAWAK.

Tak ada lah vacay sangat. Kira mcm melawat sedara mara, cuci mata gitu. Post ni untuk sesiapa yang plan nak pergi sarawak tak tau nak makan apa, pergi mana. So post kali ni merungkai separuh daripada persoalan anda. Sebab sis pun 1st time pergi sarawak and tak ada lah jalan sangat. Sis bukan orang sarawak. Just, makcik sis mmg org sarawak. 

So few tips and tricks for u bfr pergi sarawak. 
1- Kena belajar sikit2 bahasa sarawak. Sebab org sana macam2 loghat ada certain yang pekat sangat bahasanya. And kadang diorang pun tak faham sgt bahasa kita. So boleh lah ckap sikit2 if pandai. Macam sik, aok, kamik, kitak, bahasa yang common and korang rasa selalu guna.
2- Bawak sedara atau orang sarawak bersama. Memudah kan communication, tak ada lah beli barang pun mahal sgt kan. And boleh jadi tourist guide jugak utk uolls. 

Okay move to my fav part ever. MAKANAN. Sarawak ada mcm2 makanan yang mmg tak jual kat semenanjung. So, ambil peluang ni makan bnyk2. Tapi ingt, korang kena pandai cari kedai yang sedap and murah. Sebab kat sarawak serious talk makanannya mahal. Bihun goreng biasa pun boleh cecah RM6. Haa. So, learn from the lesson. Cari kedai yang murah, survey dulu, atau tnya sedara mara or kawan2. So, few makanan yang sis dah rasa and memang sedap is:
1- Ikan botok
2- Ayam pansuh / manuk pansuh 
3- Mee kolok
4- Laksa Sarawak
5- Ikan perang goreng 
6- Tapai sarawak 
7- Kuih takir
8- Midin
9- Penganan


Ada few lagi sebenarnya, tapi sis lupa nama. Ada kuih mcm lepat tpi gulung2 haa, mcm tu lah antaranya. Sorry guys. 

Yang ni pulak makanan yang sis rasa tapi tak kena dengan tekak:
1- Dabai sibu
2- Durian Sarawak 
3- Durian sarawak (warna oren)

Yang ni makanan yang tak sempat rasa tapi ada dalam list makan sis (LOL):
1- Umai 
2- Mee dawai
3- Ambuyat (tak tau asal dari mana, rasanya bukan sarawak tapi ada jual kat area sana je. haha)




Okay, next move to destinasi yang u boleh pergi and agak menarik.
1- Riverfront
2- Bandar kuching
3- Bau (kedai khadijah sturio) 
4- Sarikin 
5- Pasar basah mereka yang popular (lupa) 
6- Kampung budaya 


Itu saja yg sis mampu kongsikan dgn uolls. Boleh pergi and try cari pengalaman sndiri okay.
Xoxo

You Might Also Like

0 comments